Mi Band 5

Beberapa hari sudah aku order Mi Band 5 kat Shopee ganti Band 2 aku yang lama. Band 2 tu fungsi je lagi tapi skrin tu dah jadi pudar, very dimmed. Memang jenuh la kalau nak tengok, kalau nak jadikan jam tu memang tak boleh. Setakat pakai time workout dan tidur tu boleh la sebab setting semua kat phone je, lepas siap workout atau bangun tidur boleh check phone je. Aku google dan rupanya memang known problem, skrin jadi pudar bila dah lama2 sebab skrin OLED. Aku pun dah lama plan nak tukar, dari Band 4 lagi tapi lama tertangguh, tup-tup Band 5 dah keluar di China, so tunggu jelah kejap bagi sampai Malaysia.

Anyway Mi Band 5 yang aku beli ni version China so awal tu memang tulis cina jelah. Once dah paired dengan phone guna Mi Fit App tu, language ikut phone so English la balik. Nak pair tu simple je, taktau baca cina pun boleh buat.

Untuk Mi Band 5 ni, feature paling best is bila nak charge dah tak payah nak cabut keluar dari strap sebab tempat charge tu di bahagian bawah je. Yang lama dulu kena keluarkan dari strap dulu, siap charge pasang balik.

Okay, untuk Mi Band 5 ni ada 11 sports mode termasuklah yoga, elliptical, rowing machine, jump rope pun ada. Selain tu ada menstrual cycle tracking yang aku tak guna pun sebab cycle aku tak tentu hala sebab PCOS. Also ada 24hr heart rate monitoring, if ON yang ni bateri memang cepat luak ye. Alah tapi ON jela, bateri habis nanti charge la bukan susah pun. Yang penting guna semua2 function yang ada barulah berbaloi2 beli.

Tadi aku order pulak straps pelbagai warna. Lama jugak aku pikir nak order ke taknak sebab aku tak kisah pun pakai strap hitam, kena pulak skang ni nak charge dah tak payah remove dari strap, dah tu satu keje pulak nak remove semata nak tukar2 kaler strap kan. Tapi akhirnya aku mengalah dan beli jugak sebab guna voucher, pastu dpt coins cashback, pastu siap boleh redeem coins lagi. Hah gitu alasannya paduu.

Lain-lain info boleh rujuk website Mi kat sini. Moga bertemu jawapan yang dicari haha.

Ha tengok senang je nak charge.

Display ni ada banyak pilihan boleh tukar ikut mana yang kenan.

Sebelah2 dengan Mi Band 2 lama. Nampak macam sama besar pulak tapi tak ye. Band 5 ni lagi besar.

Comments