Vet Trip

Semalam aku pergi bawak kucing ke klinik haiwan area rumah aku ni. Akhir - akhir ni aku perasan kucing aku yang sekor ni dah tak melompat dari lantai ke atas meja. Sebelum tu dia berkira-kira lama nak melompat, dan kadang-kadang ada lompatan yang gagal. Awal dulu aku macam gelak2 dan cuba rekod video, pastu ni baru terpikir eh budak ni sakit ke? Apsal susah sangat nak lompat kan. Kena pulak dia memang ada perangai suka makan bukan-bukan, plastik la, tali etc. Pastu makin lama makin gemuk siap perut buncit bulat. Aku naik risau kalau ada tersumbat ke apa ke dalam perut. Terpikir jugak mungkin jugak sebab gemok debab semacam tu punca susah nak lompat tapi memang dia gemok dari dulu. Anyway better safe than sorry jadi bawak jelah. Biar expert tengok. 


Dia punya takut dengan orang, siap menggigil2 atas meja besi tu. Vet check2 takde bengkak apa pun. So dia suggest aku tukar makanan lain yang lebih sesuai, yang memang untuk weight management. Aku pun belilah sepaket 3.5kg RM135. RC Veterinar Satiety - Weight Management. Balik tu aku pun packing makanan lama, tuang makanan baru. Aku lupa sebenarnya patut introduce makanan baru sikit2 supaya perut tak upset. Tapi, menerusi pemerhatian aku, biasanya bila tukar food yang upgrade, jarang la diorang muntah or cirit pun. Kalau yang terdesak food habis or belum sampai, and aku terpaksa beli commercial brand sikit untuk tampung sementara, ha yang tu memang muntah keluar sebijik2. Anyway vet tu cakap yang ni kucing tua2 pun boleh la makan sebab kucing tua tak payah banyak sangat tenaga kan. Sebab aku ada 2 ekor kucing, yang sekor tu slim je. Nak asingkan makanan memang tak mungkin la cerita dia.



Bila aku tuang je makanan baru kemain berebut dedua makan. Pandai korang ye.


Sebelum ni aku bagi Equilibrio + Blackwood + (Urbanwolf - kadang-kadang). Semua aku beli yang repack kat Shopee. Biasa sekali beli 4kg - 5kg tahan sebulan ke sebulan setengah. Wetfood pun ada tapi kadang-kadang, buat masa ni aku suka brand Purina Felix - Salmon tu. Aku bagi 1 pouch je sehari kongsi la 2 ekor tu.


Okeh, doakan kucing aku cepat sihat dan boleh melompat naik atas meja balik. 

Comments