Cara Mula Berniaga Di Shopee

Bila sebut tentang online shopping, mesti akan terus teringat Shopee kan? Ditambah pulak dengan iklan Shopee Pi Pi Pi yang selalu kedengaran tu. Di Malaysia, Shopee adalah marketplace yang paling famous sekali diikuti dengan Lazada. Kalau dulu-dulu memang Lazada yang paling top tapi sekarang ni Shopee pulak. Kedua-dua marketplace pun ada kelebihan masing-masing sebenarnya.

Saya pula memang pengguna tegar Shopee sejak beberapa tahun ni. Walaupun pada awalnya skeptikal tapi makin lama makin percaya. Apapun bila membeli barang online tetap kena berhati-hati. Yang penting tengok dulu review dan rating daripada pembeli-pembeli lain, dan paling utama kalau harga barang tu murah sangat macam tak masuk akal tu, ada kemungkinan itu memang listing yang tipu atau scam. Selain itu, cubalah chatting penjual dan tengok macam mana respon yang diberikan.

Untuk mula berniaga di Shopee ni sebenarnya mudah je, pendaftaran free dan menggunakan akaun yang sama dengan akaun membeli. Berbeza dengan Lazada di mana penjual mesti membuat akaun penjual yang baru. Pergi sahaja ke 'Me' dan di atas akan ada tulisan 'Start Selling'. Ikut sahaja arahan yang diberikan dan listkan barang jualan anda yang pertama. Pada penjual-penjual baru Shopee ada menyediakan kelas online ataupun webinar di mana anda akan diajar selok belok berniaga di Shopee dan cara menggunakan alatan penjual yang ada. Kelas ini adalah percuma dan sangat bermanfaat. Tak perlu lagi nak masuk kelas berbayar yang ada banyak di luar tu.

Ok sekarang boleh mula mencuba untuk menjual di Shopee ya. Sekiranya ada masalah boleh juga tinggalkan komen dan akan saya bantu mana yang boleh.


Comments