Kutu Kucing
Dulu kucing aku ada jangkitan kutu yang teruk. Semua tiga-tiga ekor berkutu tahap yang bila aku mandikan tu, memang air mandi tu bertukar jadi warna merah dan bau hanyir darah. Kenapa macam tu? Sebab kutu kan hisap darah lepastu berak keluar serbuk2 hitam merah tu sebenarnya darah yang dah dicernakan oleh perut kutu. Bila dibasahkan nanti cair la balik jadi campuran air darah.
Lama berubat, letak Frontline berkali-kali tetap ada kutu, yang brand Advocate & Petsun tu pun sama kejap je lepas tu ada balik. Mandikan almost every week tak campur lagi aktiviti menyikat bulu kucing, kutu yang sangkut kat sikat tu pulak aku lemaskan dalam air yang dah letak sabun cuci pinggan. Bila mandikan pun bukan semua kutu mati, ada separuh yang jatuh waktu bilas air, ada yang melekat pada tuala masa keringkan bulu kucing dan banyak juga yang jatuh atas lantai. Yang jatuh atas lantai ni bahaya sebab kadang-kadang jumpa yang hidup lagi. Lepas tu bilik kucing memang aku cuci dengan sabun dan clorox. Siap sembur aerosol nak bagi mati kutu2 yang menyorok dalam bilik. Memang aku stress tahap maksimum dah time tu. Tengah berkira-kira nak beli dan try Revolution pulak sebab memang Frontline dah takde efek la pada kucing aku.
Kemudian aku terdetik nak cuba yang brand China tu sebab selalu nampak lalu-lalang kat Shopee. Murah tu murah tapi lama jugak aku pikir sebab takut ada side effect pada kucing. Akhirnya aku beli 6 botol tak silap. Biasanya kan 1 botol sekor kucing, so aku beli lah 6 untuk 3 kali rawatan plus sebab nak cukupkan amount untuk free shipping.
End up pakai sebotol je untuk dua kucing ikut arahan dalam kotak tu. Time ni salah sekor kucing aku dah mati sebab sakit (bukan sebab kutu). Dannn memang sebotol jela pun yang aku perlukan. Sebab lepastu aku perasan kucing aku tak bergaru dah, bila aku cari kutu pun nan hado dah. Punyalah aku rasa menyesal time tu sebab kenapalah tak beli dari awal, sebotol RM2 pun tak sampai. Tapi masa aku letak ubat tu aku perasan kucing aku jadi passive seharian diam je, bila aku angkat selak bulu pun tak meronta. Mungkin itu side efek ubat tapi aku pun tak pasti.
Ni cerita beberapa tahun sudah tapi sampai sekarang kucing aku takde kutu dah. Bahagia rasanya.
Macam nilah ubat kutu yang aku beli dulu. Botol hijau kat kotak kuning ada gambar kucing.
Comments
Post a Comment